Gambaran umum Naraka

Bhagavata Purana meletakkan Naraka sebagai di bawah bumi: antara tujuh petala (Patala) bawah dan Lautan Garbhodaka yang merupakan dasar alam semesta. Ia terletak di bahagian selatan alam semesta. Pitrloka, di mana nenek moyang yang mati (Pitri) yang diketuai oleh Agniṣvāttā tinggal, juga terletak di rantau ini. Yama, tuan Naraka, tinggal di alam ini dengan para pembantunya. [2] Kitab Devi Bhagavata Purana menyebut bahawa Naraka terletak di bahagian selatan alam semesta, di bawah bumi tetapi di atas Patala. [3] Vishnu Purana pula menyatakan bahawa ia terletak di bawah perairan kosmik di dasar alam semesta.[4] Epik-epik Hindu seperti Mahabharata juga bersetuju bahawa Naraka terletak di Selatan, arah yang dikuasai Yama dan sering dikaitkan dengan kematian. Pitrloka dianggap sebagai ibukota Yama, di mana Yama memberikan keadilannya.[5]

Dewa Kematian, Yama, membahagikan kerja-kerjanya kepada "duta" (utusan) atau "purusha"nya - yamaduta - yang membawa roh semua makhluk kepada Yama untuk diberikan hukuman. [2] Secara amnya, semua makhluk hidup, termasuk manusia dan haiwan, akan dibawa ke singgahsana Yama sebaik mati di mana mereka diadili. Bagaimanapun, makhluk yang sangat mulia dibawa terus ke Svarga (syurga); terutamanya mereka yang menjalankan kerja amal kebajikan seperti menderma makanan, mahupunyang sentiasa berkata yang benaran akan dilepaskan daripada pengadilan Yama. Pahlawan yang mengorbankan diri mereka serta mereka yang mati di tempat suci seperti Kurukshetra juga digambarkan sebagai terelak daripada tindakan Yama.[5] Mereka yang mendapatkan moksha (keselamatan) juga dilepaskan daripada hukuman duta-duta Yama.[2] Mereka yang murah hati dan zuhud diberi layanan istimewa apabila diadili, mereka yang menyumbangkan lampu sembahyang akan diterangi jalan mereka sementara mereka yang mengerjakan puasa akan diberi tunggangan burung merak dan angsa.[5]

Yama, sang Dewa Keadilan,menghantar orang yang mulia ke Svarga yang indah, serta juga menilai kejahatan orang mati dan menghakimi penghakiman lalu menempatkan mereka kepada tingkat yang sesuai mengikut kesalahan mereka.[2][3] Seseorang tidak dibebaskan daripada samsara (kitaran kelahiran-kematian-kelahiran semula) dan mesti dilahrikan semula lagi setelah tempoh keseronokannya yang ditetapkan di Svarga atau hukumannya di Naraka berakhir. [2]